Skip to main content

Dunia

Hong Kong mungkin mulakan siasatan bebas berhubung dakwaan kekejaman polis

Pemerintah Hong Kong mungkin menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas seperti yang dituntut banyak pihak mengenai dakwaan tindakan kejam yang dilakukan polis terhadap para penunjuk perasaan di wilayah khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2019 09:09PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 12:13AM

HONG KONG: Pemerintah Hong Kong mungkin menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas seperti yang dituntut banyak pihak mengenai dakwaan tindakan kejam yang dilakukan polis terhadap para penunjuk perasaan di wilayah khas China itu.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, suruhanjaya itu akan ditubuhkan sekiranya orang ramai tidak puas hati dengan laporan yang disiapkan oleh Majlis Bebas Aduan Polis (IPPC) mengenai perkara tersebut.

Laporan IPPC itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Selama berbulan-bulan yang lalu, pemerintah Hong Kong menolak desakan bagi penubuhan suruhanjaya siasatan bebas dan menyerahkan siasatan kepada IPPC.

Bagaimanapun pada minggu lalu Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata beliau akan meninjau cara-cara lain bagi tindakan selanjutnya jika laporan IPPC gagal meredakan kemarahan orang ramai.

Dalam pada itu kedai-kedai yang dipercayai menyokong pemerintah China dijangka menjadi sasaran para penunjuk perasaan pada hujung minggu ini.

Sebelum ini syarikat-syarikat China dirosakkan para penunjuk perasaan.

Dalam satu lagi perkembangan, Mahkamah Tinggi Hong Kong mengeluarkan arahan sementara yang melarang orang ramai daripada meletakkan gambar para pegawai polis dan maklumat untuk menghubungi mereka di media sosial.

Sejak beberapa bulan lalu para penunjuk perasaan melakukan perbuatan seperti itu.

Mahkamah diberitahu bahawa perbuatan 'doxxing' itu menyebabkan para pegawai polis dan keluarga mereka mengalami tekanan jiwa kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita