Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong longgar sekatan ketat COVID-19 mulai 21 April

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong longgar sekatan ketat COVID-19 mulai 21 April

(Gambar: Louise Delmotte/AFP)

Diterbitkan : 14 Apr 2022 08:24PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 08:24PM

HONG KONG: Hong Kong mengesahkan akan melonggarkan beberapa sekatan COVID-19 paling ketat di dunia, dengan membenarkan salon kecantikan, pawagam dan gimnasium kembali beroperasi mulai 21 April ini, lapor Reuters.

Langkah itu berikutan kes jangkitan yang kini semakin berkurangan, bawah 2,000 kes setiap hari.

Hab kewangan itu dilanda gelombang kelima COVID-19 sejak awal tahun sehingga menjejaskan perniagaan dan menyebabkan lebih 8,600 kematian, kebanyakannya dalam dua bulan lalu.

Namun kes menurun beberapa hari kebelakangan ini.

Sekatan koronavirus telah menjejaskan perniagaan dan menyebabkan aliran keluar bersih kira-kira 70,000 orang pada Februari dan Mac, meningkat daripada hampir 17,000 pada Disember, menimbulkan kebimbangan mengenai status bandar itu sebagai pusat kewangan global.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam dalam taklimat akhbar pada Khamis (14 Apr)berkata, bermula tarikh itu juga perhimpunan sehingga empat orang dibenarkan berbanding dua sekarang.

Restoran pula boleh beroperasi hingga 10 malam. 

Sesi persekolahan secara bersemuka turut dibenarkan mulai minggu depan.

Hanya bar, pantai dan tapak barbeku masih ditutup.

Sumber : Reuters/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa