Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong larang makan dalam restoran bagi bendung kes COVID-19

Ketua eksekutif Hong Kong Carrie Lam pada Selasa (8 Dis) berkata bahawa bandar itu akan melarang makan dalam restoran dari pukul 6.00 petang bagi membendung kenaikan kes COVID-19 di hab kewangan yang padat dengan penduduk itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong larang makan dalam restoran bagi bendung kes COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2020 01:30PM Dikemas Kini : 08 Dec 2020 01:34PM

HONG KONG: Ketua eksekutif Hong Kong Carrie Lam pada Selasa (8 Dis) berkata bahawa bandar itu akan melarang makan dalam restoran dari pukul 6.00 petang bagi membendung kenaikan kes COVID-19 di hab kewangan yang padat dengan penduduk itu.

Cik Lam, ketika di sidang media mingguannya berkata bahawa pemerintah juga akan mengkaji langkah bantuan tambahan untuk mereka yang terjejas oleh sekatan terbaru itu.

Pada Isnin (7 Dis), Hong Kong melaporkan 78 kes baru COVID-19, membawa jumlah keseluruhan kes kepada 6,976.

Bandar itu sudah pun menghadkan kebanyakan perhimpunan kepada hanya dua orang sebagai antara langkah lebih ketat bagi membendung gelombang baru kes COVID-19.

Namun, pengecualian diberikan bagi sesetengah perhimpunan, termasuk had 20 tetamu di majlis perkahwinan dan mesyuarat pemegang saham, namun kegiataan keagamaan dan lawatan berkumpulan tidak diberikan pengecualian.

Hong Kong juga mengarahkan ujian wajib bagi para pekerja di rumah persaraan dan kemudahan bagi golongan kurang upaya.

Sejak 17 Nov, lebih daripada 1,000 kes dliaporkan, dan hanya segelintir daripadanya merupakan kes import dari luar bandar berkenaan.

Hong Kong dan Singapura juga menunda aturan perjalanan khas sehingga tahun depan berikutan lonjakan dalam jumlah jangkitan di Hong Kong.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan