Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong lancar pasport vaksin; perketat sekatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

HONG KONG: Hong Kong melancarkan pasport vaksin pada Khamis (24 Feb) yang mensyaratkan para penduduk yang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19, di samping mengetatkan lagi sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan sekarang.

Para penduduk Hong Kong perlu menunjukkan rekod vaksinasi mereka untuk memasuki kawasan-kawasan seperti pasar raya, pusat beli-belah dan restoran.

Para penduduk juga harus memakai pelitup apabila bersenam di luar dan tidak dibenarkan untuk menanggalkan pelitup untuk minum atau makan di dalam pengangkutan awam.

Pada Rabu (23 Feb), Hong Kong melaporkan 8,674 kes baru COVID-19 sedang ia bersiap sedia untuk melaksanakan ujian wajib ke atas 7.4 juta penduduknya sebagai sebahagian daripada strategi "sifar COVID-19" yang serupa dengan tanah besar China.

Pemimpin Hong Kong Carrie Lam berkata pada Selasa (22 Feb) bahawa sekolah-sekolah akan ditutup lebih awal semasa musim panas dan akan disambung semula apabila penggal baru bermula pada Ogos.

Ramai penduduk di kawasan bandar juga semakin kecewa dengan keadaan semasa, sedang bandar-bandar utama yang lain sudah mula belajar hidup dengan virus tersebut.

Para penyelidik dari Universiti Hong Kong meramalkan jumlah jangkitan baru boleh mencecah 180,000 kes sehari pada bulan depan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan