Hong Kong kuatkuasakan larangan pesawat mendarat di negaranya 23 kali, termasuk penerbangan SIA
Pemerintah Hong Kong menguatkuasakan peraturan sempadan COVID-19 sebanyak 23 kali bagi melarang pesawat mendarat di bandaraya itu selama 14 hari sekiranya didapati telah melanggar syarat peraturan.
(Gambar: AFP/Anthony Wallace)
SINGAPURA: Pemerintah Hong Kong menguatkuasakan peraturan sempadan COVID-19 sebanyak 23 kali bagi melarang pesawat mendarat di bandaraya itu selama 14 hari sekiranya didapati telah melanggar syarat peraturan.
Jabatan Kesihatan Hong Kong menyatakan demikian pada Sabtu (3 Apr) menjawab pertanyaan Mediacorp, setelah penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura dilarang mendarat di Hong Kong buat sementara waktu.
Ini disebabkan oleh kes COVID-19 yang dikesan dalam penerbangan SQ882 pada 31 Mac.
Wanita berusia 28 tahun itu tiba di Hong Kong dari Indonesia. Menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Jumaat, wanita itu singgah di Singapura dan diuji negatif COVID-19 semasa menjalani ujian swab sebelum berangkat. Bagaimanapun, beliau diuji positif ketika tiba di Hong Kong.
Wanita itu tidak menunjukkan gejala.
Selain itu, tiga lagi penumpang transit dalam penerbangan SIA menjalani ujian COVID-19 sebelum berangkat di klinik negara asal mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat Hong Kong, menurut CAAS.
Pesawat dilarang mendarat di Hong Kong jika:
- Penerbangan itu melaporkan lima atau lebih penumpang yang disahkan COVID-19 melalui spesimen yang diambil di Pusat Pengumpulan Spesimen Sementara Jabatan Kesihatan Hong Kong.
- Dua penerbangan berturut-turut dari tempat asal yang sama, dan pesawat yang sama melaporkan tiga atau lebih penumpang yang disahkan COVID-19
- Penerbangan itu melaporkan seorang atau lebih penumpang yang disahkan COVID-19 dan satu atau lebih kes yang gagal memenuhi syarat-syarat di bawah Bahagian 599H.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.