Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong kesan varian baru COVID-19 pada pelawat dari Afrika Selatan

Varian mutasi COVID-19 yang baru dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan, dikesan dalam dua pelancong di Hotel Lapangan Terbang Regal di Hong Kong, lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong kesan varian baru COVID-19 pada pelawat dari Afrika Selatan

(Gambar: Geralt/Pixabay)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 04:42PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 07:02AM

MOSCOW: Varian mutasi COVID-19 yang baru dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan, dikesan dalam dua pelancong di Hotel Lapangan Terbang Regal di Hong Kong, lapor Sputnik.

Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong menyatakan analisis genetik lanjut mengesan varian baru COVID-19 dikenali dengan nombor saintifik B.1.1.529 pada dua pesakit itu, lapor akhbar Hong Kong Standard pada Khamis. Pusat itu menyatakan urutan tersebut serupa dengan yang ditemui di Afrika Selatan dan Botswana, dan mencadangkan bahawa kes indeks ialah lelaki berusia 36 tahun yang tiba di Hong Kong dari Afrika Selatan pada 11 Nov. Dia diuji positif bagi koronavirus dua hari kemudian, lapor Washington Post.

Pesakit itu didakwa menjangkiti seorang lagi lelaki yang tiba dari Kanada dan tinggal di bilik bersebelahannya di hotel tersebut. 

Pusat itu juga melaporkan enam kes import, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, dua lelaki dan tiga wanita berumur 17 hingga 45 tahun, menurut Standard. Lima pesakit selain bayi perempuan itu telah lengkap diberi vaksin COVID-19 sebelum ini.

Pada awal November, pihak berkuasa kesihatan melaporkan jangkitan pertama COVID-19 di Hong Kong yang melibatkan jenis mutasi delta plus yang dikenali sebagai AY.4.2, yang menurut pakar mungkin lebih mudah berjangkit berbanding varian asal.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan