Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong kerah pasukan bertindak ke Thailand di tengah meningkatnya warga diseludup dalam kes penipuan

Hong Kong telah mengerahkan sebuah pasukan bertindak ke Thailand pada Ahad (12 Jan) untuk bertemu dengan pegawai keselamatan dan mengikuti perkembangan kes melibatkan rakyat yang diumpan ke negara-negara Asia Tenggara dan dipaksa bekerja secara haram, kata pihak berkuasa keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong kerah pasukan bertindak ke Thailand di tengah meningkatnya warga diseludup dalam kes penipuan

Ahli keluarga penduduk Hong Kong yang ditahan di negara-negara Asia Tenggara berdiri di luar Kompleks Pusat Pemerintah di Hong Kong. (Gambar: Facebook/Andy Yu)

SINGAPURA: Hong Kong telah mengerahkan sebuah pasukan bertindak ke Thailand pada Ahad (12 Jan) untuk bertemu dengan pegawai keselamatan dan mengikuti perkembangan kes melibatkan rakyat yang diumpan ke negara-negara Asia Tenggara dan dipaksa bekerja secara haram, kata pihak berkuasa keselamatan.

Lawatan itu dibuat selepas pelakon warga China, Wang Xing dilaporkan hilang berhampiran sempadan antara Thailand dengan Myanmar pada 3 Januari, iaitu satu kawasan yang menjadi lubuk sindiket jenayah yang mengendalikan hab skim penipuan.

Sejak suku kedua tahun lalu, ramai warga Hong Kong disyaki diumpan ke negara-negara Asia Tenggara untuk bekerja di hab skim penipuan online, menurut Biro Keselamatan Hong Kong dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Ahad.

Agensi penguatkuasaan undang-undang menyatakan mereka telah menerima 28 permohonan meminta bantuan daripada penduduk dan keluarga mereka.

Dalam jumlah itu, 16 mangsa telah kembali pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Baki 12 kes "disekat pergerakan mereka", menurut biro keselamatan itu.

Namun mereka berada dalam keadaan selamat dan dapat menghubungi keluarga masing-masing.

Antara 2022 dengan awal 2023, pihak berkuasa Hong Kong menerima 46 permohonan bantuan daripada penduduk yang terperangkap di Myanmar dan Kemboja.

Dalam kalangan 46 permohonan itu, 43 orang berjaya pulang ke Hong Kong.

Namun baki tiga individu enggan mendapatkan bantuan selepas mereka diselamatkan, menurut pihak berkuasa.

Anggota pasukan bertindak terkini dari Hong Kong itu akan bertemu dengan para pegawai di kedutaan China di Thailand serta pihak berkuasa Thailand yang berkaitan.

Mereka akan "berkongsi maklumat perisikan dan memohon kepada pihak berkuasa supaya menghulurkan bantuan sedaya upaya bagi membantu mereka yang memohon bantuan".
Sumber : CNA/AGENCIES/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan