Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong kemas kini aplikasi untuk bendung penularan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Hong Kong akan mengemas kini aplikasi yang digunakan untuk mengesan COVID-19 supaya ia sejajar dengan tanah besar China.

Aplikasi tersebut akan mewajibkan pengguna untuk mendaftar dengan nama dan menggunakan kod warna lampu isyarat untuk menyekat pergerakan penduduk yang dijangkiti serta kontak rapat.

Sebelum ini, pengguna tidak perlu mendaftar dengan butiran peribadi mereka. Aplikasi tersebut digunakan untuk masuk ke lokasi dan memaparkan laporan vaksinasi individu.

Lo Chung-Mau, setiausaha kesihatan baru bandar itu mengumumkan perubahan di dalam satu sidang media pada Isnin (11 Jul).

Beliau berharap bahawa aplikasi itu boleh dikemas kini secepat mungkin kerana ia dapat membantu menguatkuasakan perintah berkurung buat mereka yang perlu mengasingkan diri di rumah.

Mereka yang dijangkiti virus itu akan diberikan kod merah dalam aplikasi tersebut. Mereka yang menjalankan perintah kuarantin akan diberikan kod kuning dan harus memakai gelang untuk menjejak pengerakan mereka.

Penduduk yang tiba di Hong Kong daripada luar negara boleh mengasingkan diri di rumah selepas tempoh yang ditentukan di bawah sistem kuarantin hotel, kata Encik Lo tanpa memberikan butiran lanjut.

Semua pelawat yang tiba di Hong Kong masih diwajibkan untuk menjalani perintah kuarantin di hotel selama seminggu dan mematuhi perintah ujian yang kerap dijalankan.

Wilayah pentadbiran khas China mempunyai beberapa peraturan koronavirus yang paling ketat di seluruh dunia. China sedang mengamalkan dasar "sifar COVID-19".
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan