Hong Kong jangka defisit ekonomi; ada cukup simpanan harungi kesulitan
Pemerintah Hong Kong akan melaksanakan pusingan keempat langkah-langkah bantuan untuk merancakkan ekonominya, yang terjejas teruk oleh tunjuk-tunjuk perasaan antipemerintah sejak hampir enam bulan yang lalu.

Latar langit Hong Kong (Gambar: Jeremy Long)
HONG KONG: Pemerintah Hong Kong akan melaksanakan pusingan keempat langkah-langkah bantuan untuk merancakkan ekonominya, yang terjejas teruk oleh tunjuk-tunjuk perasaan antipemerintah sejak hampir enam bulan yang lalu.
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata pada Selasa (3 Dis) ekonomi wilayah itu dijangka mencatat defisit dalam setahun dua akan datang.
Namun, pemerintah Hong Kong katanya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk mengambil langkah-langkah bagi mengharungi kesulitan dan meringankan beban penduduk.
Langkah-langkah bantuan akan disasarkan kepada syarikat-syarikat dan sektor ekonomi yang paling teruk terjejas.
Cik Lam menambah pemerintah telah mengundang pelbagai pihak untuk membentuk jawatankuasa bagi meninjau punca kegelisahan dan bantahan yang di Hong Kong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.