'Hong Kong ibarat Disneyland pepijat': Orang ramai borong racun serangga

(Gambar: AFP/STAN HONDA)
Namun, seorang pakar pada Isnin (13 Nov) berkata bahawa serangan serangga itu, seperti serangan nyamuk, dapat dielakkan dengan mengamalkan kebersihan yang baik dan langkah berjaga-jaga.
Francisco Pazos, pemilik dan ketua juruteknik syarikat kawalan perosak Nobebugs-HK, berkata bahawa syarikatnya biasanya akan menguruskan kira-kira 400 permintaan untuk menangani masalah serangga itu setiap bulan.
"Hong Kong adalah Disneyland bagi pepijat ... kerana ia sungguh padat, terdapat banyak ruang bagi serangga itu untuk bertelur dan juga beralih dari satu individu ke individu lain," tambah Encik Pazos.
Pepijat menjadi tumpuan antarabangsa berikutan penularan besar-besaran di Korea Selatan, Paris dan London ketika jumlah perjalanan antarabangsa meningkat selepas pandemik COVID-19.
Platform e-dagang Hong Kong, Shopline, menyatakan penjualan produk kawalan serangga perosak dan pemusnah pepijatnya melonjak 172 ganda semasa kegiatan beli belah 'Single's Day' pada hujung minggu.
Seorang peruncit mencecah jualan sebanyak HK$2 juta (S$350,000) dalam satu hari, dengan kit perjalanan antipepijat menjadi produk paling laris.
Yuen Ming-chi, mantan ketua Bahagian Penasihat Kawalan Perosak pemerintah Hong Kong, bersetuju bahawa masalah pepijat sudah lama wujud selama beberapa dekad di Hong Kong.
Namun, disebabkan laporan di media dan kandungan yang tular online, lebih ramai orang lebih sedar tentang masalah tersebut.
Encik Yuen berkata orang awam tidak harus bimbang, dan dengan menjaga kebersihan serta memeriksa barang yang dibeli dari kawasan yang terjejas, ia mungkin cukup untuk mengelak daripada serangan pepijat.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong pada Sabtu (11 Nov) menyatakan ia akan meneliti langkah-langkah pencegahan serangga perosak syarikat penerbangan yang tiba ke Lapangan Antarabangsa Hong Kong, yang berasal dari lokasi risiko tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan pepijat.
Seorang jurucakap pada Isnin berkata tiada pepijat ditemui di lapangan terbang.
Cathay Pacific Airways, Hong Kong Airlines and Korean Air menyatakan mereka sudah melakar pelan luar jangka dan meningkatkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian pada pesawat mereka.
Ketiga-tiga syarikat penerbangan menambah bahawa tiada pepijat ditemui dalam pesawatnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.