Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong gugurkan syarat ujian COVID-19 bagi pusat hiburan

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong gugurkan syarat ujian COVID-19 bagi pusat hiburan

(Gambar fail: AFP/Peter Parks)

HONG KONG: Orang ramai di Hong Kong yang pergi ke pusat-pusat hiburan tidak perlu lagi menunjukkan ujian negatif antigen pantas COVID-19 mulai Khamis (22 Dis) nanti.

Pihak berkuasa kesihatan pada Selasa (20 Dis) menyatakan, pawagam dan tempat persembahan juga akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh.

Pelonggaran terbaru langkah berjaga-jaga pandemik di bandar itu menyusuli kenyataan pemerintah Hong Kong awal bulan ini.

Ia menyatakan akan memendekkan tempoh pengasingan bagi pesakit COVID-19 dan kontak rapat mereka.

Golongan tersebut dikehendaki mengasingkan diri selama lima hari dan bukannya seminggu.

Syarat menjalani ujian antigen pantas harian bagi ketibaan di Hong Kong juga dikurangkan daripada tujuh kepada lima hari.

Sekalipun demikian, mereka mesti mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) pada hari ketibaan dan hari ketiga.

Langkah yang diambil Hong Kong itu selepas pihak berkuasa China membuat pengumuman pada 7 Disember.

China melakukan perubahan paling ketara terhadap langkah kawalan ketat COVID-19 negara sejak wabak itu bermula tiga tahun lalu.
 
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan