Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong gugurkan sekatan COVID-19 ke atas pelawat

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong gugurkan sekatan COVID-19 ke atas pelawat

(Gambar: ISAAC LAWRENCE / AFP)

HONG KONG: Hong Kong sudah melonggarkan lagi sekatan-sekatan COVID-19.

Para pelawat yang tiba di bandar itu mulai Rabu (14 Dis) tidak lagi perlu menjalani kuarantin jika mereka menunjukkan hasil ujian negatif.

Para pelawat kini boleh melanggani restoran-restoran dan kedai-kedai lain tanpa perlu mengimbas aplikasi COVID-19 yang diwajibkan oleh pemerintah.

Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee juga mengumumkan, para penduduk bandar itu tidak lagi perlu menggunakan aplikasi Leave Home Safe bermula Rabu.

Pelonggaran itu menyusuli pengumuman Biro Kesihatan Hong Kong yang akan menyemak peraturan antipandemik secara menyeluruh, di tengah-tengah tekanan untuk menggugurkan banyak lagi sekatan.
 
Sumber : Reuters/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan