Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong gantung penerbangan SIA dari S'pura selepas sebilangan penumpang positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong gantung penerbangan SIA dari S'pura selepas sebilangan penumpang positif COVID-19

(Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 17 Feb 2022 04:40PM Dikemas Kini : 17 Feb 2022 04:40PM

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura ke Hong Kong digantung selama dua minggu selepas sejumlah penumpang diuji positif COVID-19 sebaik tiba di bandar tersebut.

Arahan itu dikeluarkan oleh pengawal selia Hong Kong selepas sesetengah penumpang SIA yang diuji negatif sebelum melakukan penerbangan tersebut kemudian disahkan positif sebaik tiba di Hong Kong, menurut jurucakap SIA pada Khamis (17 Feb).

"Kami tidak dapat mengulas lanjut atas sebab-sebab kerahsiaan."

SIA akan menggantung SQ882 dan SQ894, dua khidmat penerbangan harian dari Singapura ke Hong Kong sehingga 1 Mac. Penggantungannya berkuat kuasa mulai 16 Feb.

SQ883 dan SQ895, khidmat penerbangan dua kali sehari dari Hong Kong ke Singapura, tidak terjejas.

"SIA memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas," kata jurucakap SIA.

"Kami sedang menghubungi para penumpang untuk menawarkan semua bantuan yang diperlukan dan bagi mengurangkan kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini."

Pada April tahun lalu, SIA juga menggantung khidmat penerbangannya dari Singapura ke Hong Kong selepas syarikat penerbangan itu melanggar salah satu daripada syarat-syarat ujian COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh bandar tersebut.

Pihak berkuasa di Hong Kong melaporkan jumlah jangkitan baru yang mencecah paras rekod, iaitu sebanyak 4,285 kes pada Rabu dan lagi 7,000 kes positif awal, berbanding sekitar 100 kes setiap hari pada awal Februari tetapi masih lebih rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar utama bersaiz serupa yang lain.

Sebelum berlaku penularan varian Omicron, Hong Kong mencatatkan lebih 12,000 kes sejak pandemik COVID-19 mula melanda.

Singapura pada Rabu mengumumkan pelancaran laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL) dengan Hong Kong yang membolehkan perjalanan bebas kuarantin bagi mereka yang sudah lengkap divaksin.

VTL itu berkuat kuasa mulai 25 Februari ini.

Sumber : Agensi berita/AW/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa