Skip to main content

Dunia

Hong Kong catat suhu tertinggi 36.9 darjah Celsius sejak 1884

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong catat suhu tertinggi 36.9 darjah Celsius sejak 1884

Keadaan cuaca ekstrem di Hong Kong dijangka berterusan selama beberapa hari lagi, dengan suhu berkemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di sesetengah kawasan.
(Gambar hiasan/BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 09:34AM Dikemas Kini : 10 Aug 2026 09:39AM
  • Balai Cerap Hong Kong melaporkan suhu mencecah 36.9 darjah Celsius pada 9 Ogos, tertinggi sejak 1884.
  • Cuaca panas ekstrem ini dikaitkan dengan aliran udara menurun akibat Taufan Dolphin.
  • Suhu tinggi dijangka berterusan selama beberapa hari, dengan kemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di beberapa kawasan.
  • Taufan Dolphin turut melanda wilayah Zhejiang di pantai timur China pada hari yang sama.
Dijana oleh AI
HONG KONG: Suhu di Hong Kong mencecah 36.9 darjah Celsius setakat pukul 3.30 petang Ahad (9 Ogos), iaitu suhu tertinggi sejak bandar itu mula merekodkan data meteorologi pada 1884, menurut Balai Cerap Hong Kong, lapor Xinhua.

Balai cerap itu turut memaklumkan bahawa cuaca panas ekstrem itu berpunca daripada aliran udara yang menurun di bahagian pinggir Taufan Dolphin.

Keadaan cuaca yang sangat panas itu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi, dengan suhu berkemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

Taufan Dolphin melanda wilayah Zhejiang di pantai timur China pada petang Ahad (9 Ogos).
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita