Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong catat rekod kes harian COVID-19, 83 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong catat rekod kes harian COVID-19, 83 kematian

(Gambar: Louise Delmotte/AFP)

Diterbitkan : 27 Feb 2022 10:16PM Dikemas Kini : 27 Feb 2022 10:16PM

HONG KONG: Hong Kong melaporkan jumlah rekod jangkitan COVID-19 sebanyak 26,026 kes pada Ahad (27 Feb) dan 83 kematian, lapor Reuters.

Wilayah itu sedang bergelut dengan penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit, meningkatkan tekanan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan.

Hab kewangan global itu mengenakan beberapa sekatan COVID yang dianggap antara paling ketat di dunia untuk menangani lonjakan koronavirus, menyebabkan beberapa eksekutif meninggalkan wilayah itu dan mengecewakan beberapa penduduk.

Walaupun kebanyakan bandar utama berusaha untuk hidup dengan virus itu, Hong Kong mengenakan peraturan paling keras, mengikut langkah tanah besar China dengan strategi "sifar COVID dinamik", bertujuan untuk membasmi penyakit itu. Langkah itu pada amnya terbukti berjaya sehingga lonjakan Omicron membebankan proses pengasingan dan pengesanan jangkitan di bandar tersebut.

"Kami sangat bimbang," kata Albert Au dari jabatan kesihatan Hong Kong dalam satu sidang media.

"Jumlah kes masih meningkat, dan kami menjangkakan trend yang terus meningkat."

Sesetengah pakar meramalkan bandar yang mempunyai 7.4 juta itu akan mempunyai sehingga 180,000 kes setiap hari pada bulan depan.

Kadar vaksinasi dalam kalangan warga emas agak rendah dan ramai yang menghidap penyakit kronik.

Hong Kong kini mendapatkan 1,000 pekerja sementara dari tanah besar China untuk menjaga pesakit COVID yang lebih tua di kemudahan pengasingan dan rawatannya, kata setiausaha buruh dan kebajikan, Law Chi-kwong.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa