Skip to main content

Dunia

Hong Kong berfungsi kembali selepas keganasan hujung minggu

Perniagaan dan stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong dibuka semula seperti biasa hari ini (16 Sep), selepas kekecohan semalam yang menyaksikan polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah ke atas penunjuk perasaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong berfungsi kembali selepas keganasan hujung minggu

Sekurang-kurangnya 18 cedera, tiga daripadanya serius dalam keganasan semalam. (Gambar: Isaac Lawrence/AFP)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 04:33PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 04:38PM

HONG KONG: Perniagaan dan stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong dibuka semula seperti biasa hari ini (16 Sep), selepas kekecohan semalam yang menyaksikan polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah ke atas penunjuk perasaan yang menyekat jalan raya dan membaling bom petrol di luar ibu pejabat pemerintah.

Ribuan penunjuk perasaan antipemerintah, ramai memakai topeng, topi dan kaca mata hitam untuk melindungi identiti, berlari di jalan raya, dikejar polis, memulakan kebakaran di jalan raya dan menyekat jalan raya di pusat bekas jajahan Britain itu, lokasi banyak perniagaan utama.

Pihak berkuasa segera bertindak memadamkan api dan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka, termasuk di kawasan membeli-belah dan daerah tumpuan pelancong Causeway Bay.

Polis mengeluarkan kenyataan awal hari ini yang mengecam keras selepas apa yang bermula sebagai bantahan secara aman merebak menjadi ganas di beberapa daerah utama perniagaan, membeli-belah dan pelancongan.

Kira-kira 20 penunjuk perasaan radikal menyerang dua pegawai polis petang semalam, membaling bom petrol, batu dan mengancam keselamatan pegawai.

Tunjuk perasaan itu adalah yang terbaru dalam masa tiga bulan bantahan yang ada ketika bertukar ganas, dengan penunjuk perasaan marah dengan apa yang dilihat mereka sebagai campur tangan Beijing dalam hal ehwal Hong Kong.

Sekurang-kurangnya 18 cedera, tiga daripadanya serius dalam keganasan semalam, menurut Pihak Berkuasa Hospital.

Hampir 1,400 ditahan sejak bantahan bermula Jun lalu, tetapi polis tidak memberikan maklumat terbaru mengenai bilangan yang ditahan hujung minggu lalu.

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita