Hong Kong bentang Rang Undang-Undang keselamatan negara baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Peter PARKS/AFP
HONG KONG: Badan perundangan Hong Kong akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat (8 Mac) untuk bacaan pertama Rang Undang-Undang keselamatan bandar itu.
Ketua Eksekutif John Li menggesa rang undang-undang tersebut diluluskan secepat mungkin.
Rang undang-undang yang dikenali sebagai Artikel 23 itu bermatlamat untuk merapatkan jurang dan kelemahan pada undang-undang keselamatan China yang dikuatkuasakan pada 2020.
Undang-undang baharu itu akan menyasarkan kesalahan berkaitan keselamatan termasuk pengintipan, pencurian rahsia negara, hasutan dan campur tangan asing.
Bacaan rang undang-undang tersebut pada Jumaat akan memberikan gambaran terperinci tentang skop penuh undang-undang tersebut termasuk tempoh hukuman yang disarankan.
Para pengkritik, termasuk Amerika Syarikat, menyatakan bahawa undang-undang baharu itu akan menghadkan lagi kebebasan di Hong Kong.
Mereka berpendapat, undang-undang yang disarankan itu terlalu luas dan tidak jelas dan ia boleh disalahgunakan untuk menutup mulut pembangkang.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.