Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong batalkan kuarantin hotel untuk pelancong

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong batalkan kuarantin hotel untuk pelancong

(Gambar: Isaac Lawrence/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 05:29PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 05:29PM

HONG KONG: Hong Kong mengumumkan pada Jumaat (23 Sep) akan membatalkan syarat kuarantin wajib di hotel, sekali gus menarik balik antara sekatan perjalanan paling ketat di dunia yang menjejas ekonomi dan mengancam daya saing serta kedudukan bandar itu sebagai pusat kewangan global.

Langkah yang sudah lama dinanti-nantikan itu akan membawa kelegaan kepada penduduk dan perniagaan yang sudah lama menggesa agar hab perniagaan Asia itu berhubung dengan seluruh dunia dan menyambung semula perjalanan tanpa sekatan dengan hidup bersama COVID-19.

Sejak dua setengah tahun yang lalu, Hong Kong mematuhi peraturan sifar COVID China yang tegas, menyebabkan ramai bakat meninggalkan wilayah itu sedang hab perniagaan pesaing dibuka semula. 

Dengan pengumuman itu, tanah besar China adalah satu-satunya ekonomi utama yang masih mengekalkan syarat kuarantin yang panjang bagi pelawat asing yang tiba. 

Ketua Eksekutif John Lee berkata syarat kuarantin  tiga hari di hotel akan dikurangnya kepada sifar bagi mereka yang tiba dari luar negara dan Taiwan. 

Pelawat dikehendaki menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) setibanya di negara itu dan tidak boleh mengunjungi restoran dan bar bagi tiga hari pertama di bawah sistem yang digelar pihak berkuasa sebagai "0+3".

"Di bawah aturan ini, sistem kuarantin di hotel akan dibatalkan," kata Encik Lee kepada wartawan. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa