Hong Kong akan laksana perintah berkurung skala besar

Kemudahan pengasingan sementara bagi para pesakit COVID-19 di luar Pusat Perubatan Caritas di Hong Kong pada 18 Februari 2022. (Gambar: Peter Parks/AFP)
SINGAPURA: Hong Kong mungkin akan menguatkuasakan perintah berkurung berskala besar pada lewat bulan ini sedang ia menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua penduduknya.
Pihak berkuasa wilayah pentadbiran khas China itu juga dilaporkan merancang untuk menyingkatkan tempoh pelaksanaan ujian itu dari 15 hingga 21 hari, kepada sembilan hari sahaja.
Antara pengecualian yang sedang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa Hong Kong semasa tempoh perintah berkurung tersebut termasuk membolehkan orang ramai keluar membeli makanan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam menyeru para penduduk supaya bertenang selepas orang ramai berpusu-pusu membanjiri pasar-pasar raya untuk membeli keperluan asas.
Jumlah kes jangkitan COVID-19 telah melonjak hampir 34 kali ganda kepada lebih 34,000 kes semalam.
Hari ini (1 Mac) pula, ia melaporkan lebih 32,500 kes COVID-19.
Angka korban akibat virus itu juga terus meningkat, dengan kapasiti di rumah-rumah mayat kini mencapai tahap maksimum.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.