Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Honduras buka kedutaan di China selepas putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
Honduras buka kedutaan di China selepas putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan

Presiden Honduras, Xiomara Castro mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China pada 9 Jun 2023. (Gambar fail: Honduras Presidency/Handout menerusi Reuters)

BEIJING: Honduras membuka kedutaannya di Beijing pada Ahad (11 Jun) selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan, lapor dpa.

Kedutaan itu dirasmikan oleh Menteri Luar China, Qin Gang dan rakan sejawatnya dari Honduras, Eduardo Enrique Reina, menurut laporan tersebut.

Presiden Honduras, Xiomara Castro melakukan lawatan rasmi ke China selama lima hari dan turut bertemu Presiden China, Xi Jinping di Beijing.

Pada Mac, pemerintah Honduras bertindak memutuskan hubungan dengan Taiwan.

Cik Castro berharap langkah tersebut akan membantu memperkukuh kerjasama antara negaranya dengan ekonomi terbesar kedua di dunia.

Secara global, hanya 13 negara terutamanya negara-negara kecil, yang menjalin hubungan diplomatik dengan Taiwan.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menolak menjalinkan hubungan rasmi dengan mana-mana negara mengiktiraf Taiwan secara diplomatik.
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan