Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Honda, Nissan sasar muktamadkan rundingan penggabungan Jun ini: Sumber

Anggaran Waktu Membaca:
Honda, Nissan sasar muktamadkan rundingan penggabungan Jun ini: Sumber

(Gambar fail: SCOTT OLSON / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP, SCOTT OLSON / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

TOKYO: Honda Motor Co dan Nissan Motor Co menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan penggabungan mereka pada Jun ini, lapor agensi berita Kyodo memetik sumber yang mengetahui perkara itu pada Isnin (23 Dis).

Kedua-dua pembuat kereta utama Jepun itu dijangka mengumumkan permulaan perbincangan mengenai penggabungan berkenaan hari ini, yang akan membentuk kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Honda dan Nissan, pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun dari segi jumlah pengeluaran, masing-masing dijangka beroperasi di bawah sebuah syarikat induk, dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, turut mempertimbangkan untuk menyertai mereka.

Langkah itu bertujuan meningkatkan daya saing kos dan meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV) yang kini dikuasai oleh pesaing dari Amerika Syarikat dan China.

Honda dan Nissan akan berusaha untuk berkongsi kos pembangunan yang tinggi dan mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dengan menggunakan komponen yang sama.

EV merupakan satu daripada segmen paling kritikal untuk pertumbuhan kerana elektrifikasi mengubah landskap industri automotif global. 

Honda dan Nissan bersetuju pada Mac untuk melancarkan kajian kebolehlaksanaan mengenai perkongsian pengeluaran EV strategik, termasuk pembangunan teknologi perisian berkaitan, bagi mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan