Hokkaido perkenal cukai penginapan mulai 2026
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Charly TRIBALLEAU)
SAPPORO: Wilayah Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun yang terkenal dalam kalangan pelancong, akan memperkenalkan cukai penginapan sehingga 500 yen (S$4.30) setiap malam mulai April 2026.
Langkah itu menyertai peningkatan bilangan wilayah dan majlis perbandaran di seluruh Jepun yang menggunakan hasil cukai berkenaan untuk menambah baik prasarana dan sistem pengangkutan di tengah-tengah lonjakan pelancongan.
Dengan kira-kira 20 bandar di Hokkaido, termasuk ibu kota wilayah Sapporo, bersiap sedia melaksanakan cukai penginapan mereka sendiri, tetamu hotel dan rumah penginapan akan menghadapi cukai berganda.
Menurut ordinan yang diterima pakai oleh dewan perhimpunan Hokkaido pada Disember, pelawat ke pulau itu akan dikenakan bayaran 100 yen (S$0.90) semalam untuk caj bilik kurang daripada 20,000 yen (S$170).
Manakala 200 yen (S$1.70) akan dikenakan bagi caj antara 20,000 (S$170) yen hingga kurang daripada 50,000 yen (S$430).
Untuk caj bilik 50,000 yen (S$430) atau lebih, mereka perlu membayar 500 yen (S$4.30).
Pelaksanaan cukai penginapan ini dijangka menjana sekitar 4.5 bilion yen (S$39 juta) bagi kerajaan Hokkaido.
Antara majlis perbandaran di Hokkaido, Sapporo akan mengenakan cukai 200 yen (S$1.70) semalam untuk caj bilik kurang daripada 50,000 yen (S$430) dan 500 yen (S$4.30) bagi caj yang melebihi 50,000 yen (S$430).
Ini bermakna tetamu hotel dengan caj bilik 50,000 yen (S$430) perlu membayar cukai penginapan sebanyak 1,000 yen (S$8.60).
Bermula dengan Tokyo pada 2002, cukai penginapan diperkenalkan di wilayah Osaka dan Fukuoka, serta beberapa majlis perbandaran termasuk Kanazawa dan Kyoto.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.