Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

H&M M'sia buat aduan polis susuli dakwaan rakaman kamera tersembunyi dalam bilik persalinan

Cabang gergasi runcit dari Sweden, H&M di Malaysia telah membuat aduan polis di tengah-tengah keprihatinan rakaman daripada beberapa kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik persalinan di kedai-kedainya di Kuala Lumpur telah dijual online.

Anggaran Waktu Membaca:
H&M M'sia buat aduan polis susuli dakwaan rakaman kamera tersembunyi dalam bilik persalinan

Lambang jenama H&M (Gambar: Reuters)

KUALA LUMPUR: Cabang gergasi runcit dari Sweden, H&M di Malaysia telah membuat aduan polis di tengah-tengah keprihatinan rakaman daripada beberapa kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik persalinan di kedai-kedainya di Kuala Lumpur telah dijual online.

"Keselamatan pelanggan kami adalah amat penting bagi kami. Semua hasil dapatan mengenai keprihatinan baru-baru ini tentang kamera tersembunyi di bilik persalinan H&M setakat ini telah dilaporkan kepada polis dan siasatan masih dijalankan," menurut H&M Malaysia dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Twitternya pada Rabu (11 Jan).

"Dalam responsnya kepada keprihatinan baru-baru ini mengenai kamera tersembunyi dipasang dalam bilik persalinan kedai-kedai H&M, kami telah menjalankan pemeriksaan terhadap bilik persalinan di kesemua kedai H&M di Malaysia dan sedang berusaha untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran keselamatan yang boleh menjejas privasi pelanggan kami."

Media tempatan melaporkan bahawa terdapat dakwaan video penyakit intai dirakam dari bilik-bilik persalinan H&M dan dijual online.

Ini termasuk rakaman video yang menunjukkan pasangan serta individu, menurut akhbar The Star.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan