Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO

Hishammuddin Hussein. (Gambar fail: BERNAMA)

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.

Surat bertarikh 30 Januari 2022 itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang sebab penggantungan dinyatakan.

"Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam (30 Jan) berhubung penggantungan keahlian UMNO saya."

"Tiada sebab penggantungan dinyatakan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa (31 Jan), dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau turut memuat naik gambar surat yang dinyatakan.

Berdasarkan surat berkenaan, Encik Hishammuddin didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

"Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa YB Dato' Seri digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB Dato' Seri melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO."

"Penggantungan ini adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO," menurut surat berkenaan, lapor agensi berita Sinar Harian.
Pada Jumaat (27 Jan), MKT memutuskan memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar daripada UMNO kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun seperti Hishammuddin; mantan Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang dan mantan Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan