Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hishammuddin Hussein tegas tolak kerjasama dengan PH, rela dipecat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Hishammuddin Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi - tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Encik Hishammuddin yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong menerusi catatan di Facebooknya pada Ahad (20 Nov) menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada Isnin (21 Nov) Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menyaksikan tiada parti dapat membentuk Kerajaan Persekutuan dengan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam) dan Parti Warisan (tiga).

Selain itu, masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.

Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan ialah 112 kerusi.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan