Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hishammuddin Hussein luah minat tandingi jawatan tertinggi UMNO

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mantan Naib Presiden UMNO yang juga mantan Menteri Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein meluahkan kesediaannya untuk bertanding bagi salah satu jawatan tertinggi dalam UMNO jika ia dibuka untuk dipertandingkan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pihak media di luar Mesyuarat Tertinggi UMNO yang diadakan pada Jumaat (13 Jan).

Perkembangan itu sekali gus mencabar kedudukan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Mesyuarat berkenaan, menurut Encik Ahmad Zahid, adalah satu acara rutin menjelang Perhimpunan Agung parti tersebut.

Namun, persaingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO hebat dibincangkan di mesyuarat berkenaan.

'BUKAN PENGKHIANAT' TETAPI SIAPA HISHAMMUDDIN SEBENARNYA?

Pada Rabu (11 Jan), Encik Ahmad Zahid mendedahkan 10 Ahli Parlimen UMNO yang membuat akuan sumpah bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan terus dipantau lembaga disiplin parti itu.

Mereka juga digelar sebagai pengkhianat oleh sebilangan ahli UMNO yang lain yang turut menggesa agar mereka dipecat daripada parti tersebut.

Namun begitu, Encik Hishammuddin menegaskan bahawa beliau bukanlah pengkhianat dan beliau turut mempertahankan tindakannya.

Nama beliau disebut sebagai orang yang memimpin 10 AP UMNO terbabit untuk menyokong Encik Muhyiddin.

"Apa yang telahpun berlaku tidak ada benda yang patut kita berminta maaf sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti. Kalau mereka hendak ambil tindakan, ambil lah. Tidak ada benda yang saya perlu bimbang," kata Encik Hishammuddin.

Sejarah Encik Hishammuddin dengan UMNO berakar begitu lama sekali.

Ayah beliau Hussien Onn merupakan mantan Perdana Menteri ketiga Malaysia manakala datuknya pula, Onn Jaafar, adalah anggota pengasas UMNO.

Apabila ditanya pihak media jika beliau akan bertanding bagi dua jawatan tertinggi UMNO jika ia dibuka untuk pemilihan, ini jawapan yang diberikannya.

"Kalau sekiranya keputusan Perhimpunan Agung UMNO hari ini ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding."

Selain Encik Hishammuddin, mantan Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin juga sudah meluahkan minat untuk mencabar jawatan Presiden UMNO.

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan