Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hijab wajib untuk kaum Hawa tapi bukan burqa, kata Taliban

Taliban memberikan bayangan pertama pada Selasa (17 Ogos) sejak berkuasa bahawa mereka tidak akan mewajibkan pemakaian burqa penuh bagi kaum Hawa seperti mana dilakukan mereka ketika kali terakhir memerintah Afghanistan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hijab wajib untuk kaum Hawa tapi bukan burqa, kata Taliban

Wanita-wanita memakai burqa di Kabul, Afghanistan, pada 7 Ogos 2021. (Gambar: Sajjad Hussain/AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2021 07:52AM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 07:53AM

DOHA: Taliban memberikan bayangan pertama pada Selasa (17 Ogos) sejak berkuasa bahawa mereka tidak akan mewajibkan pemakaian burqa penuh bagi kaum Hawa seperti mana dilakukan mereka ketika kali terakhir memerintah Afghanistan.

Di bawah pemerintahan tanpa kompromi kumpulan itu dari 1996 hingga 2001, wanita dihalang daripada melakukan perjalanan dan bekerja. Wanita juga dipaksa memakai burqa yang menutup seluruh muka dan tubuh sewaktu berada di tempat awam.

"Burqa bukanlah satu-satunya hijab yang boleh diamalkan, terdapat pelbagai jenis hijab tidak terhad kepada burqa," Suhail Shaheen, jurucakap bagi pejabat politik kumpulan itu di Doha, memberitahu Sky News.

Burqa adalah sehelai pakaian luar yang menutupi seluruh kepala dan tubuh dengan satu panel kasa untuk melihat.

Encik Suhail bagaimanapun tidak menjelaskan jenis hijab lain yang dianggap sebagai sesuatu yang diterima oleh Taliban.

Di samping keprihatinan berhubung pakaian, beberapa negara dan kumpulan hak asasi membangkitkan kebimbangan mengenai nasib pendidikan wanita di Afghanistan setelah negara itu jatuh ke tangan kumpulan tegar yang memasuki ibu negara Kabul pada Ahad lalu (15 Ogos).

Namun, Encik Suhail cuba memberikan jaminan mengenai topik itu.

Kaum wanita "boleh mendapatkan pendidikan dari sekolah rendah hingga pengajian tinggi - ini bermakna universiti. Kami sudahpun mengumumkan dasar ini di persidangan antarabangsa, persidangan Moscow dan di sini di persidangan Doha (mengenai Afghanistan)," ujar Encik Suhail.

Ribuan sekolah di kawasan-kawasan yang ditawan Taliban masih beroperasi, tambah beliau.

Pemerintah Taliban yang lalu menguatkuasakan tafsiran syariah yang tegas, menubuhkan polis agama untuk membanteras "maksiat".

Mahkamah-mahkamah Taliban mengenakan hukuman ekstrem termasuk memotong tangan pencuri dan membaling batu sehingga mati pada wanita yang dituduh berzina. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan