Skip to main content

Dunia

Hiasan lampu lap-lip flat Kampung Melayu 15 tingkat di Pulau Pinang ini curi perhatian ramai

Anggaran Waktu Membaca:
Hiasan lampu lap-lip flat Kampung Melayu 15 tingkat di Pulau Pinang ini curi perhatian ramai

Gambar: firdauseusope, ds_sultanpemurah68/TikTok

PULAU PINANG: Menjelang bulan Syawal, ramai umat Islam telahpun membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bukan saja membuat persiapan dengan membeli baju raya, kuih raya dan perabot baharu di rumah. Malah, ada juga yang teruja menghias dan mencantikkan rumah supaya dapat menyemarakkan suasana raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan suasana flat Kampung Melayu di Pulau Pinang.
Dapat dilihat mereka telah menghias dan memasang lampu hijau, biru, kuning dan merah di depan rumah.

Menerusi video selama 34 saat, flat 15 tingkat itu penuh warna-warni dan lip lap lampunya.

Berdasarkan temu bual dengan agensi berita SAYS Seismik, lampu Raya itu ditaja oleh peniaga bernama Encik Salim Rahman

Difahamkan, Encik Salim mengadakan pelbagai kegiatan untuk masyarakat di Flat Kampung Melayu.

"Raya kali ini, kita mengadakan cabutan bertuah. Tempat pertama boleh membawa pulang Proton Saga, hadiah lain-lain seperti motosikal, TV dan pakej umrah." katanya, dipetik daripada Seismik.

Ini bahkan, bukan pertama kali peniaga itu menaja penduduk untuk menghias flat. Kebanyakan penghuni di situ dikatakan bekerja dengannya, lapor Seismik.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita