HFMD di Sabah membimbangkan
Kes penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah semakin membimbangkan selepas 25 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan tadika termasuk tujuh buah sekolah di daerah Beaufort, Sandakan dan Tawau diarahkan ditutup.
KOTA KINABALU: Kes penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah semakin membimbangkan selepas 25 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan tadika termasuk tujuh buah sekolah di daerah Beaufort, Sandakan dan Tawau diarahkan ditutup.
Menurut laporan Astro Awan, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 2,200 kes dengan purata 73 kes dilaporkan setiap minggu direkodkan dari awal tahun sehingga 30 Julai.
“Setakat ini, kes yang membabitkan virus HFMD mencatat sebanyak 40,203 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,200 kes adalah di negeri Sabah.
“Sehubungan itu, sembilan buah sekolah meliputi tujuh di Sabah dan masing-masing satu di Pulau Pinang serta Pahang diarahkan untuk ditutup dalam tempoh 10 hari bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut,” katanya di sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) di sini, hari ini (1 Ogos).
Sementara itu, Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa pihak KKM mengambil pendekatan secara holistik bagi menangani penularan virus HFMD secara 'gatekeeping', menurut Astro Awani.
Menurutnya, pihak KKM meminta agar pengusaha-pengusaha premis terutamanya tadika dan taska untuk mengawal penularan wabak ini dengan menghadkan aktiviti-aktiviti di sekolah mahupun di tempat awam.
"Kita telah membuat pendirian bahawa kita sebutkan sebagai 'gatekeeping', meminta khususnya pengusaha-pengusaha premis di prasekolah menanangani dan memastikan kebersihan pelajar.
"Untuk mengelakkan kanak-kanak mudah terdedah kepada persekitaran terutamanya di tempat awam, hadkan aktiviti mereka yang akan menyebabkan penularan wabak ini mudah berlaku.
"Kalau kita bersepakat melakukan semua ini saya yakin penurunan statistik kes HFMD di Malaysia akan menurun,"katanya, seperti ditukil Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.