Skip to main content

Dunia

Hezbollah lancar serangan dron ke atas Israel, lebih banyak akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Kumpulan bersenjata Lubnan, Hezbollah, melancarkan beberapa serangan dron dan roket ke utara Israel pada Selasa (6 Ogos) namun memberi amaran bahawa tindak balas yang dijangkakan daripada kumpulan itu menyusuli pembunuhan seorang komander paling kanan pada minggu lalu, akan datang.

Menurut Hezbollah pihknya melancarkan serangan dron ke atas dua tapak tentera berdekatan Acre di utara Israel, dan juga menyerang sebuah kenderaan tentera Israel di lokasi lain.

Tentera Israel menyatakan beberapa dron dikenal pasti dilancarkan dari Lubnan dan salah satu daripadanya dipintas.

Menurut tentera Israel lagi, beberapa orang awam cedera di daerah selatan bandar Nahariya.

Rakaman Reuters TV menunjukkan satu tapak serangan berdekatan sebuah pusat perhentian bas di jalan raya utama di luar kota.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel menyatakan semboyan dibunyikn di Acre tetapi ia merupakan amaran palsu. Menurutnya, pasukan tentera udara Israel menyerang dua kemudahan Hezbollah di selatan Lubnan.

Kebimbangan semakin memuncak mengenai kemungkinan berlaku perang besar di Timur Tengah menyusuli ikrar Hezbollah untuk membalas pembunuhan komander Hezbollah Fuad Shukr, dan juga daripada Iran untuk bertindak balas menyusuli pembunuhan ketua kumpulan Hamas di Tehran minggu lalu.

Sumber Hezbollah memberitahu Reuters bahawa "respons terhadap pembunuhan komander Fuad Shukr akan datang".

Awal Selasa, empat orang maut dalam serangan di sebuah rumah di bandar Mayfadoun, Lubnan, kira-kira tiga kilometer dari sempadan, menurut sumber perubatan dan keselamatan.

Lagi dua sumber keselamatan berkata mereka yang terbunuh adalah anggota Hezbollah. Namun kumpulan itu masih belum memaklumkan tentang perkara tersebut.

Hezbollah dan tentera Israel sudah saling berbalas serangan selama 10 bulan sedang perang di Gaza berlaku, dengan serangan-serangan itu kebanyakan terbatas di sempadan.

Minggu lalu, Israel membunuh Fuad Shukr, komander tentera paling kanan Hezbollah, dalam satu serangan di kubu kuat kumpulan itu dekat Beirut.

Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah, berikrar untuk membalas dendam. Namun beliau berkata respons mereka akan "diteliti".

Beliau akan berucap di upacara memperingati kematian Fuad Shukr pada Selasa.
Sumber : Reuters/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita