Hezbollah dakwa lancar 30 serangan terhadap Israel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
ISTANBUL: Hezbollah mendakwa pada Sabtu (28 Mac) bahawa pihaknya melancarkan 32 serangan dalam tempoh 24 jam terakhir, menyasarkan pangkalan, tentera dan kenderaan Israel dengan roket, dron dan artileri, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut kumpulan itu, serangan berkenaan adalah "untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya" sedang serangan Israel ke atas Lubnan berterusan.
Menurut kenyataan, operasi itu antara lain menyasarkan pangkalan tentera dan kenderaan berperisai di selatan Lubnan dan utara Israel.
Kumpulan itu menyatakan ia menyerang pangkalan Mishar, yang disifatkannya sebagai ibu pejabat perisikan utama untuk wilayah utara Israel dan pangkalan Dado, ibu pejabat Komando Utara tentera Israel.
Menurut Hezbollah, ia menyasarkan pesawat peninjau RC-12 Israel di Bekaa barat di timur Lubnan, justeru memaksanya berundur.
Kumpulan itu menyatakan ia merempuh sebuah kenderaan Hummer dan tujuh kereta kebal Merkava di bandar selatan Lubnan iaitu Qantara, Dibel dan Bayyada.
Ia juga melaporkan pertempuran dengan tentera Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan, termasuk Taybeh, Bayyada, Qantara dan Shamaa.
Menurut Tentera Israel, sembilan askar, termasuk dua pegawai, cedera pada Sabtu selepas roket ditembak dari selatan Lubnan.
Penyiar awam Israel Kan melaporkan tujuh askar dan dua pegawai cedera selepas roket dilancarkan ke arah mereka dari selatan Lubnan, tanpa menyatakan sama ada kecederaan berpunca daripada bedilan langsung atau serpihan pemintas yang jatuh.
Israel menyerang Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hezbollah pada 2 Mac.
Pihak berkuasa Lubnan menyatakan sekurang-kurangnya 1,189 orang terbunuh dan 3,427 cedera dalam serangan Israel.
Ketegangan itu berlaku sedang serangan bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran mengorbankan lebih 1,340 orang sejak 28 Februari.
Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan pangkalan Israel dan Amerika di negara-negara Teluk.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.