Hentikan perang Rusia atau berdepan persaingan senjata berbahaya: Zelenskyy
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. (Gambar: REUTERS/Shannon Stapleton)
NEW YORK: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menggesa kuasa-kuasa besar dunia untuk membantu menghentikan perang Rusia di negaranya dalam ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (24 Sep). Beliau turut memberi amaran tentang persaingan senjata berbahaya, yang menurutnya, didorong oleh pertempuran tersebut.
Beliau menyeru agar peraturan global digubal untuk mengehadkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk senjata, sambil menggambarkan inovasi yang pesat dalam penggunaan dron untuk tujuan ketenteraan. Beliau juga menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin cuba memperluaskan perang melangkaui Ukraine.
"Menghentikan Rusia sekarang adalah lebih murah daripada tertanya-tanya siapa yang akan menjadi orang pertama yang mencipta dron yang membawa kepala peledak nuklear," katanya kepada Perhimpunan Agung PBB yang mempunyai 193 anggota.
Komen itu dkeluarkan sehari selepas beliau bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di PBB, di mana Encik Trump kelihatan mengambil pendirian yang jauh lebih tegas terhadap Kremlin. Encik Trump berkata pada Selasa bahawa Kyiv boleh menawan semula semua tanah yang dirampas oleh Rusia. Beliau juga menyokong idea untuk menembak jatuh jet pejuang Rusia yang mencabuli ruang udara NATO.
Encik Zelenskyy berkata kemunculan kecerdasan buatan bermakna persaingan senjata yang sedang berlaku adalah "yang paling memudaratkan" dalam sejarah manusia dan menyuarakan kekecewaan terhadap apa yang disifatkannya sebagai kelemahan undang-undang dan kerjasama antarabangsa.
Sokongan Barat penting untuk Kyiv, tetapi masa depan bantuan itu tidak menentu, terutamanya selepas Encik Trump enggan mengenakan sekatan yang tegas ke atas Rusia atau menyediakan bantuan ketenteraan baharu selain daripada menjual senjata.
Sebagai petanda bagaimana Kyiv mempromosikan teknologi dan pengalaman yang ditimba dari perang untuk mengukuhkan hubungan rapuh dengan rakan-rakan kongsinya, Encik Zelenskyy berkata Ukraine memutuskan untuk mula mengeksport senjatanya kepada sekutu-sekutunya.
"Jika sebuah negara mahukan keamanan, ia perlu berusaha untuk membangunkan senjata. Itu sesuatu yang menyedihkan – tetapi itulah realitinya," kata beliau.
Ukraine mempunyai sekatan ketat terhadap eksport produk ketenteraan untuk mengelakkan teknologi jatuh ke tangan musuh, tetapi ia kini sedang berusaha untuk melonggarkan sekatan tersebut, dalam keadaan di mana bekalannya sendiri mencukupi.
"Anda tidak perlu memulakan persaingan ini dari awal. Kami sedia berkongsi apa yang telah membuktikan keberkesanannya," kata Encik Zelenskyy kepada PBB, merujuk kepada pengeluaran pertahanan Ukraine.
"Kami sedia menjadikan senjata moden kami sebagai keselamatan moden anda. Kami memutuskan untuk membuka eksport senjata. Dan ini adalah sistem yang kuat yang diuji dalam perang sebenar apabila setiap institusi antarabangsa gagal," katanya lagi.
Beliau merujuk kepada dakwaan berlaku pencabulan ruang udara oleh dron dan jet pejuang Rusia di Poland dan Estonia yang merupakan sebahagian daripada NATO, sebagai bukti bahawa Encik Putin sedang menguji sempadan baharu dalam perang di Ukraine.
"Kini dron Rusia sudah terbang merentasi Eropah, dan operasi Rusia sudah merebak ke seluruh negara," katanya. "Putin mahu meneruskan perang ini dengan memperluaskannya, dan tiada sesiapa yang boleh berasa selamat sekarang."

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.