Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hentikan jualan gula-gula 'Ghost Smoke' segera: Dr Wan Azizah

 Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’, yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dihentikan segera.

Anggaran Waktu Membaca:
Hentikan jualan gula-gula 'Ghost Smoke' segera: Dr Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Jul 2019 01:22PM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 01:24PM

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’, yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dihentikan segera. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing. 

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di Putrajaya pada Isnin (22 Jul).

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula berkenaan yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Dr Wan Azizah juga tidak menolak kemungkinan gula-gula tersebut boleh menjadi permulaan kepada masalah penagihan dadah.

"Dulu smoking (merokok), kemudian dadah dan syabu," katanya.

Komen beliau itu dibuat ekoran tindakan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan(KKM) memulakan siasatan serta penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pada Isnin (22 Jul), pihaknya sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh selain akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Gula-gula 'Ghost Smoke' didapati dijual secara berleluasa di daerah di Papar, Sabah dan ia dibeli oleh para pelajar sekolah. Selain Papar, gula-gula tersebut juga dikatakan ada dijual secara berleluasa di daerah lain termasuk Kota Kinabalu - kebanyakannya dibawa dari luar sekolah oleh murid-murid.

Apabila ditanya tentang sumber gula-gula berkenaan, Dr Dzulkefly berkata beliau belum mendapat laporan dan masih menunggu siasatan mengenainya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan