Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter terhempas di M'sia semasa latihan

Terdahulu pada kira-kira 10.00 pagi tadi, sebuah helikopter ringan dilapor terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran PKFZ.

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter terhempas di M'sia semasa latihan

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 08:33PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 08:35PM

PELABUHAN KLANG: Helikopter ringan yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah pagi tadi (1 Jan) dipercayai sedang membuat latihan penerbangan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata juruterbang helikopter berkenaan hilang kawalan ketika cuba membuat latihan ‘hovering’ di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan PKFZ dan terhempas pada ketinggian kira-kira empat meter.

“Susulan itu, helikopter berkenaan telah terbalik dan bahagian ekornya telah tercabut dan tercampak kira-kira 20 meter daripada badan helikopter berkenaan.

“Mangsa, juruterbang dan penumpang masing-masing berusia 73 tahun dan 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata siasatan menyeluruh mengenai kejadian berkenaan akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu pada kira-kira 10.00 pagi tadi, sebuah helikopter ringan dilapor terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran PKFZ.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan