Skip to main content

Dunia

Helikopter terbakar di Pahang; jurutera maut

Seorang jurutera warga Indonesia terkorban setelah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter terbakar di Pahang; jurutera maut

Helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang. (Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia/Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera warga Indonesia terkorban setelah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak.

Kejadian itu berlaku di Bentong, Pahang, pagi tadi (6 Feb).

Helikopter itu terbakar dan musnah 100 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria mengesahkan perkara tersebut.

Menurut beliau, juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaaan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.

Kejadian berlaku berdekatan kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita