Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, kesemua 5 anak kapal selamat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
JAKARTA: Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat, pada Ahad (28 Mei).
Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat.
Helikopter Bell 412 milik tentera Indonesia sedang dalam misi latihan bagi menyokong batalion infantri sebelum terhempas di sebuah perkampungan di daerah Rancabali.
Video yang tular dari tempat kejadian memaparkan helikopter malang itu terbakar manakala anggota penyelamat serta orang ramai bergegas membantu mangsa sebelum dibawa ke hospital tempatan di Cimahi.
Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan punca kejadian, menurut pihak tentera.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.