Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter polis terhempas di Indonesia; 1 mayat ditemui, 3 penumpang hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter polis terhempas di Indonesia; 1 mayat ditemui, 3 penumpang hilang

Gambar fail sebuah helikoper polis menjalankan operasi dekat pulau Lancang pada 10 Januari 2021. (Gambar fail: ADEK BERRY / AFP)

JAKARTA: Pasukan penyelamat menemui satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Helikopter itu berlepas pada Ahad (27 Nov) dari wilayah Kalimantan Tengah menuju ke wilayah Kepulauan Bangka Belitung apabila ia terputus hubungan akibat cuaca buruk.

“Penyelamat menemui mayat di perairan Manggar pagi ini,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A. Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata nelayan di kawasan itu menemui tiga penyandar kepala dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada petang Ahad.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan