Skip to main content

Dunia

Helikopter polis Malaysia terlibat nahas di Johor semasa jalani latihan

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter polis Malaysia terlibat nahas di Johor semasa jalani latihan

Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pada 10 Julai 2025. (Gambar: BERNAMA)

GELANG PATAH: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pada pagi Khamis (10 Jul) ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Latihan Pengesanan Keselamatan Nuklear Pelbagai Hala (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai kira-kira 35 kilometer (km) dari Johor Bahru.

Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan yang melibatkan empat negara - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh PDRM berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi bagi membuat liputan program turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

"Kesemua lima mangsa berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Johor.

"Mangsa kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut perubatan,” menurut kenyataan itu.

CAAM memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita