Helikopter bawa Presiden Iran terhempas di kawasan pergunungan
Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran terhempas pada Ahad (19 Mei) sedang ia melintasi kawasan pergunungan dalam keadaan kabus tebal.
Mereka sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Azerbaijan, kata seorang pegawai Iran kepada Reuters.
Pegawai tersebut berkata nyawa Encik Raisi dan Menteri Luar Iran Hossein Amiraabdollahian "dalam bahaya berikutan nahas helikopter itu".
"Kami masih berharap yang terbaik namun maklumat dari lokasi kejadian sangat membimbangkan," tambah pegawai itu.
Cuaca buruk menyukarkan usaha menyelamat, lapor agensi media tempatan IRNA.
Encik Raisi, 63 tahun, dipilih sebagai presiden dalam percubaan keduanya pada 2021. Sejak memegang jawatan tersebut, beliau mengetatkan undang-undang moral, menangani tunjuk perasaan antipemerintah, dan gigih mengadakan rundingan berkaitan program nuklear Iran dengan kuasa dunia.
Ramai menganggap Encik Raisi sebagai pengganti mentornya, Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang menyokong kuat dasar utama Encik Raisi.
Menteri Dalam Negeri Iran Ahmed Vahidi memberitahu televisyen tempatan bahawa satu daripada tiga helikopter rombongan Presiden Iran itu terhempas, dan pihak berkuasa sedang menunggu maklumat lanjut.
Encik Raisi berada di sempadan Azerbaijian untuk merasmikan Empangan Qiz-Qalaisi, yang merupakan satu projek bersama.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.