Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter bawa petugas perubatan M'sia terhempas di Cameron Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
 Helikopter bawa petugas perubatan M'sia terhempas di Cameron Highlands

Gambar: Facebook/Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

IPOH: Lima anggota pasukan perubatan Malaysia termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu tengah hari (26 Okt).

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

“Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas.

Insiden yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan empat pegawai perubatan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga penumpang cedera ringan dan tiga lagi cedera parah.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan