Skip to main content

Dunia

HDB penanda aras pembangunan perumahan mampu milik di Johor

Anggaran Waktu Membaca:
HDB penanda aras pembangunan perumahan mampu milik di Johor

Flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

Diterbitkan : 19 Apr 2022 10:07PM

JOHOR BAHRU: Johor melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) akan menjadikan pelaksanaan konsep pembangunan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura sebagai antara penanda aras dalam perancangan perumahan mampu milik yang komprehensif di setiap daerah di negeri itu.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata bagi tujuan itu, PKPJ perlu melakukan tindakan drastik dengan memiliki pangkalan data perancangan pembangunan perumahan terperinci dan berfokus bersama agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kewangan, Perbadanan PR1MA Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) serta pihak bank.

Beliau berkata PKPJ juga berperanan memastikan perancangan pembangunan dilaksana mengikut jadual serta garis masa yang ditetapkan supaya penyediaan rumah mampu milik dapat disediakan dan memenuhi permintaan tempatan.

“Insya-Allah dengan jentera pentadbiran yang dibentuk bersama kekuatan PKPJ dan koordinasi bersama jabatan lain, hasrat serta iltizam ini akan berjaya direalisasikan,” katanya dalam catatan di laman Facebook pada Selasa (19 Apr). 

Menerusi catatan itu, Encik Onn Hafiz berkunjung ke HDB Singapura yang berjaya membina kira-kira 1.2 juta unit rumah mampu milik sejak penubuhannya pada 1960.

Beliau melakukan lawatan kerja empat hari ke Singapura bermula Sabtu lepas dalam usaha mengeratkan hubungan antara Johor dan Singapura. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita