Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hazzaa al-Mansoori bakal angkasawan Arab pertama ke ISS

Angkasawan dari Amiriah Arab Bersatu yang bakal mencatat sejarah sebagai angkasawan Arab pertama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkata pada Selasa (24 Sep) bahawa beliau mendapat sokongan dari seluruh dunia menjelang misi "impian"nya.

Anggaran Waktu Membaca:
Hazzaa al-Mansoori bakal angkasawan Arab pertama ke ISS

Angkasawan Hazzaa al-Mansoori dari Amiriah Arab Bersatu (Gambar: AFP/Vyacheslav OSELEDKO)

Diterbitkan : 25 Sep 2019 03:53PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 04:00PM

MOSCOW: Angkasawan dari Amiriah Arab Bersatu yang bakal mencatat sejarah sebagai angkasawan Arab pertama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkata pada Selasa (24 Sep) bahawa beliau mendapat sokongan dari seluruh dunia menjelang misi "impian"nya.

Hazzaa al-Mansoori, 35, dijadual berlepas ke angkasa lepas bersama Oleg Skripochka dari Rusia dan angkasawan NASA, Jessica Meir, menaiki roket Soyuz dari Baikonur, Kazakhstan pada Rabu.

Encik Mansoori, yang akan berada di ISS selama lapan hari, akan menjadi angkasawan warga Amiriah dan orang Arab pertama di makmal di ruang angkasa itu, tetapi bukan Muslim yang pertama.

"Ini benar-benar satu penghormatan dan kami tidak sabar menjayakan misi ini dan pulang dengan banyak pengetahuan," kata juruterbang itu semasa sidang akhbar sebelum penerbangan.

Beliau berkata penerbangan itu merupakan peristiwa bersejarah bagi negaranya dan dunia Arab.

"Pencapaian ini akan tercatat dalam sejarah dan ia akan diteruskan," katanya. "Mimpi sudah menjadi kenyataan."

Encik Mansoori berkata bahawa beliau akan merakam rutin solatnya semasa di atas ISS dan menyiarkannya ke Bumi.

Encik Mansoori juga merancang untuk melakukan eksperimen dan berkata beliau akan membawa makanan dari Amiriah bersamanya untuk dikongsi dengan anak-anak kapal.

Cik Meir, 42, berkata ia adalah "satu kejayaan agak besar" untuk Amiriah Arab Bersatu menghantar seseorang ke angkasa, memandangkan programnya begitu baru.

Beliau berkata kru kapal angkasa itu berkomunikasi dengan menggunakan "Runglish" - campuran Rusia dan Inggeris.

"Kami masih perlu memperbaiki penguasaan bahasa Arab kami," kata beliau secara berseloroh.

Encik Mansoori dijadual kembali ke Bumi dengan Nick Hague dari NASA dan angkasawan Rusia, Alexey Ovchinin, pada 3 Oktober. Encik Skripochka dan Cik Meir dijadual berada di ISS sehingga musim bunga 2020.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan