Hati-hati: Tahap racun serangga tinggi dalam buah-buahan, sayuran Thailand
Pihak berkuasa kesihatan Thailand mengeluarkan amaran selepas sebuah pertubuhan bukan pemerintah mendapati tahap racun serangga berlebihan dalam sampel 13 buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasar raya utama di Bangkok dan empat wilayah lain.
BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand mengeluarkan amaran selepas sebuah pertubuhan bukan pemerintah mendapati tahap racun serangga berlebihan dalam sampel 13 buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasar raya utama di Bangkok dan empat wilayah lain.
64 peratus sayur-sayuran popular di Thailand seperti kacang panjang dan cili merah didapati mempunyai sisa kimia yang melebihi tahap keselamatan maksimum.
Ini hasil ujian-ujian yang dijalankan Rangkaian Amaran Racun Serangga Thailand pada bulan Ogos.
Menurut badan bukan pemerintah itu,campuran pelbagai racun serangga digunakan oleh para petani untuk meningkatkan hasil tanaman dan memastikan penjualan sepanjang tahun.
Sebanyak 3 peratus sayur-sayuran yang dijual di Singapura diimport dari Thailand. Namun, Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) belum memberikan ulasan jika ia merancang untuk meningkatkan pemantauan ke atas hasil import dari Thailand.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.