Skip to main content

Dunia

Hati-hati jika beli produk kesihatan alternatif dalam talian, boleh mengandungi bahan radioaktif

Kementerian Kesihatan New Zealand menasihatkan pengguna berhati-hati apabila membeli produk kesihatan alternatif dalam talian, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:

WELLINGTON: Kementerian Kesihatan New Zealand menasihatkan pengguna berhati-hati apabila membeli produk kesihatan alternatif dalam talian, lapor Xinhua.

Pengawal selia luar negara melaporkan terdapat barangan seperti loket, barang kemas, 'sleep masks' dan rantai tangan yang dijual secara dalam talian, mengandungi bahan radioaktif, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis (23 Dis).

Produk itu didakwa menawarkan perlindungan terhadap sinaran dan gelombang mikro daripada telefon, komputer dan skrin televisyen serta 5G.

"Walaupun dakwaan itu belum dibuktikan, Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Belanda mendapati produk itu mengeluarkan radiasi yang mungkin berbahaya," menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengaitkan teknologi 'wireless' boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, tambah kenyataan itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita