Skip to main content

Dunia

Hati-hati anjur majlis umum jantina bayi. Jangan sampai jadi seperti ini...

Penganjuran majlis khas semata-mata untuk mengumumkan jantina bayi kian popular dalam kalangan pasangan yang bakal menimang cahaya mata di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati anjur majlis umum jantina bayi. Jangan sampai jadi seperti ini...

Sebuah kereta terbakar ketika melakukan aksi ‘burnout’ untuk mengumumkan jantina bayi. (Gambar: Petikan skrin video)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:40AM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 11:44AM

CANBERRA: Penganjuran majlis khas semata-mata untuk mengumumkan jantina bayi kian popular dalam kalangan pasangan yang bakal menimang cahaya mata di seluruh dunia.

Malah, ada juga pasangan yang berani melakukan aksi-aksi nekad yang dianggap tidak selamat sama sekali.

Misalnya satu insiden yang berlaku baru-baru ini di Norwell, Australia, di mana sebuah kereta terbakar ketika menganjurkan majlis sedemikian.

Menurut laporan 7 News, Polis Queensland mengeluarkan rakaman dron berhubung tragedi yang berlaku semasa acara itu bagi memberi amaran kepada pasangan yang bakal bergelar ibu bapa, serta orang ramai, daripada mencuba aksi seumpama itu.

Video itu menunjukkan sebuah kereta terbakar di Gold Coast semasa seorang pemandu melakukan aksi ‘burnout’ untuk mengumumkan jantina bayi rakannya.

Asap biru yang menandakan kelahiran bayi lelaki dilihat berkepul-kepul dari kereta berkenaan sebelum ia terbakar.

New York Post melaporkan bahawa pemandu berusia 30 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai Samuel Montesalvo, berjaya ditarik keluar dari kenderaan tersebut, sedang seorang saksi pula mencuba untuk memandu kereta itu menjauhi kawasan jalan raya.

Insiden itu berlaku pada April tahun lalu, tetapi polis hanya mengeluarkan rakaman video itu pada minggu ini sebagai amaran kepada orang ramai supaya jangan sekali-kali melakukan aksi serupa.

Pemandu itu didenda $1,000 dan lesen memandunya digantung selama enam bulan.

Pada 2017, acara sedemikian menyebabkan kebakaran hutan besar-besaran di Amerika Syarikat, melibatkan kawasan seluas hampir 47,000 hektar di Green Valley, Arizona. Kebakaran itu hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya seminggu kemudian.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita