Hasni sedia jadi calon parlimen PRU15

Gambar fail.
JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Hasni Mohammad bersedia menggalas tanggungjawab sebagai calon di peringkat Parlimen semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bekas Menteri Besar Johor itu bagaimanapun berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.
“Saya bersedia untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di ibu pejabat UMNO Johor di Jalan Yahya Awal semalam (1 April).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata demikian selepas ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding dalam PRU15 atau tidak.
Encik Hasni, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, bertanding di kerusi DUN Benut sejak 2008. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 5,859 undi.
Sebelum itu, Encik Hasni merupakan Ahli Parlimen Pontian setelah memenangi PRU11, yang diadakan pada Mac 2004, dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 pada 28 Februari 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.