Hasni Mohammad tawar diri tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Hasni Mohammad pada Sabtu (4 Feb) menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan bagi memantapkan parti.
"Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini. Saya percaya ramai tokoh lain termasuk penyandang Mohamed Khaled Nordin akan mempertahan dan bertanding jawatan itu.
"Atas semangat untuk terus menyumbang bakti kepada parti pada semua peringkat, maka saya tawarkan diri untuk bertanding," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor pada Sabtu.
Encik Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut, berkata UMNO masih parti yang relevan terutama dengan jangkaan hampir 10 pemimpin dijangka menawarkan diri mempertahan dan bertanding jawatan Naib Presiden.
"Dikatakan ada 10 penjuru pertandingan jawatan Naib Presiden (sekali gus) membuktikan walau apa jua dikata orang terhadap UMNO termasuk ditolak masyarakat dan tidak relevan, namun ia terus jadi pilihan. Saya melihat ramai pemimpin yang tampil untuk tawar diri itu adalah petanda positif untuk parti dan beri gambaran pimpinan UMNO tidak tinggalkan perjuangan parti," kata bekas Menteri Besar Johor itu.
Pada Jumaat (3 Feb), Encik Mohamed Khaled yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi turut mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO 2023.
Pada 27 Januari lalu, Encik Hasni digugurkan daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, selepas menggalas tanggungjawab itu sejak 2018 dan digantikan dengan Encik Mohamed Khaled.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.