Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hasni Mohammad dari BN angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut Encik Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini hari ini (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasni Mohammad dari BN angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor

(Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 10:54PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 10:58PM

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut Encik Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini hari ini (28 Feb).

Menurut laman Facebook Sultan Johor yang disertakan beberapa gambar, Encik Hasni menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.

Berangkat sama, Puter Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Pelantikan Encik Hasni menyusuli pengumuman Istana Johor semalam mengenai penubuhan kerajaan Gabungan Baharu yang merangkumi UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus membentuk majoriti mudah iaitu 28 kerusi DUN.

Kerajaan terdahulu, Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah hilang majoriti selepas Bersatu bertindak keluar daripada pakatan itu. 

Encik Hasni, 61 tahun, merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan