Hartawan terkemuka Malaysia Ananda Krishnan meninggal dunia
Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Hartawan dan tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, T Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini (28 Nov) pada usia 86 tahun, lapor BH Online.
Usaha Tegas Sdn Bhd, firma pegangan pelaburan yang diketuai oleh mendiang Ananda, mengesahkan pemergiannya hari ini.
"Dengan rasa sedih kami mengumumkan pemergian Pengerusi kami, T Ananda Krishnan, yang meninggal dunia secara tenang pada 28 November 2024.
"Mendiang telah membuat sumbangan besar kepada pembinaan negara dan dunia korporat dan inisiatif dermawannya telah menyentuh banyak kehidupan.
"Kami dengan rendah hati meminta agar hasrat keluarga untuk berkabung secara tertutup dihormati," kata Usaha Tegas dalam satu kenyataan, seperti dipetik BH Online.
Menurut laporan Utusan Malaysia, mendiang disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia oleh Forbes selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong, dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$5.1 bilion (S$6.9 bilion).
Beliau, yang juga seorang alumni Sekolah Perniagaan Harvard, mengasaskan pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Bhd.
Mendiang juga memiliki pegangan besar dalam penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd, seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.