Skip to main content

Dunia

Harimau terlepas dari taman haiwan Indonesia berjaya ditangkap semula

Seekor harimau yang membaham sehingga mati seorang penjaga haiwan di sebuah taman haiwan di Kalimantan berjaya ditangkap hidup-hidup sehari selepas ia terlepas, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Harimau terlepas dari taman haiwan Indonesia berjaya ditangkap semula

(Gambar: AFP/Tiziana FABI)

Diterbitkan : 07 Feb 2021 10:04PM Dikemas Kini : 07 Feb 2021 10:10PM

PONTIANAK, Indonesia: Seekor harimau yang membaham sehingga mati seorang penjaga haiwan di sebuah taman haiwan di Kalimantan berjaya ditangkap hidup-hidup sehari selepas ia terlepas, menurut polis.

Harimau berwarna putih itu ditemui merayau-rayau di sebuah hutan di sekitar Taman Haiwan Sinka di bandar Singkawang, Kalimantan Barat pada Sabtu (6 Feb), selepas ia terlepas dari taman haiwan tersebut melalui sebuah lubang.

Seekor lagi harimau yang terlepas telah ditembak mati sebelum ini.

"Kami berhasil menemui dan menangkap harimau kedua dengan memberikannya ubat penenang," menurut ketua polis tempatan Prasetiyo Adhi Wibowo kepada para wartawan pada lewat Sabtu.

Kedua-dua harimau betina yang berusia 18 bulan itu - pada awalnya disangka adalah Harimau Sumatera - terlepas dari taman haiwan tersebut setelah hujan lebat yang melanda selama beberapa hari menjadikan kandang kedua-dua harimau itu berlubang.

Seorang penjaga haiwan berusia 47 tahun dan beberapa haiwan lain ditemui mati berdekatan kandang harimau tersebut.

Operasi mencari harimau itu turut melibatkan para pegawai polis, askar dan pegawai pemuliharaan, sedang penduduk tempatan diarahkan supaya jangan keluar rumah dan menjauhi daya tarikan pelancong yang terletak berdekatan dengan taman haiwan itu, sementara pihak berkuasa berusaha untuk memburu haiwan tersebut.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita